Tuesday, August 4, 2009

Izinkan aku pergi.....

Izinkan aku pergi..
bagai bayu menyapa pagi
kerana aku tidak sanggup lagi
melihat kekecewaan yang kau alami..
Maafkan diri ini..
kerana berpura-pura tidak memahami
perasaanmu yang suci..
Kalau kau kecewa
aku juga turut kecewa
kerana mengecewakanmu..
Apa yang tersirat di hati biarlah ku pendam sendiri
biarlah kau tidak mengerti
agar kau tidak kecewa lagi..
Ah! Aku bukanlah ‘minah jiwang’ seperti yang kau sangka
aku tidak pandai berpuisi mahupun bergurindam jiwa
diriku seperti nama timangan ku di sana
sekeras kerikil..
mungkin lebih keras dari itu..
Tidak perlu ku kisahkan lagi tentang diri ini
kerana aku perlu menutup lembaran sepi
pergiku bukan kerana benci
mahupun sakit hati
Pergiku demi kedamaian hati
agar tidak mengecewakan lagi
hati seorang yang bernama lelaki
biarlah aku kecewa sendiri
dalam mencari erti hidup yang hakiki
Dan buatmu teman yang dikasihi
ku titipkan doa pada Ilahi
agar dirimu tabah dalam meniti realiti
yang pasti ..
onak dan ranjau perlu di tempuhi
Usah di kesali kemiskinan diri
di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan yang menanti..
dirimu tetap ku ingati sepanjang hayat ini….
Ku mohonkan kemaafan
salah dan silap harap di ampunkan
sesungguhnya aku hanya insan biasa yang tidak lepas dari hasutan syaitan
hanya keimanan yang mjadi kekuatan…

No comments: