Monday, August 17, 2009

Masih Mencari Cinta?


Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu cinta sejati. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai “Mr Right” atau “Ms Right” mereka.Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka “betul-betul mengenali” individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta.Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu.Ada pula yang terlampau “bahagia” sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah.Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah.ALAM PERCINTAAN SEBELUM BERKAHWIN
Bercinta sebelum berkahwin adalah sebahagian daripada budaya Hedonisme yang mengajar manusia fahaman “kebahagiaan hanya dicapai apabila ada keseronokkan di hati”. Akibatnya kebahagian itu hanya seketika kerana keseronokkan yang dilakukan kadang-kala mendatang masalah sosial dan masalah peribadi yang lain. Sedangkan Islam mengajar sesuatu yang lebih baik.Budaya ini telah lama menyerap ke dalam masyarakat Melayu semenjak Hikayat 1001 malam dibukukan. Seseorang yang sedang khayal dan seronok bercinta dengan pasangannya akan menganggap diri mereka sedang menikmati kebahagiaan. Lalu kerana rasa bahagia inilah mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga.Persoalannya adalah mudah, mampukah kebahagian tersebut kekal 10 atau 20 tahun akan datang? Boleh atau tidak mereka berasa bahagia apabila hadir di antara mereka anak-anak dengan pelbagai kerenah.
WANITA MENGADU TENTANG CINTA KEPADA UMAR
Pada zaman Umar Al-Khattab r.a. sebagai khalifah, ada seorang wanita yang datang mengadu dan mengaku kepada beliau r.a. bahawa dirinya tidak lagi mencintai suaminya. Dia lalu meminta nasihat daripada Umar r.a. apakah cara terbaik dalam mengatasi masalah ini. Katanya hidup yang tidak dihiasi dengan cinta amat membosankan.Lalu Umar berkata “Jika ada di antara kamu, wahai perempuan, yang tidak cinta kepada seorang di antara kami para lelaki, tidak usahlah hal itu dikhabarkan kepadanya (suami itu). Kerana hanya sedikit rumahtangga yang dibina berdasarkan cinta. Kebanggaan hanyalah (rumahtangga) yang didirikan atas dasar hasab.”Hasab di sini bermaksud kemulian budi, sifat dermawan, sopan santun, akhlak yang baik dan sebagainya yang menyebabkan seseorang itu disegani. Dalam erti kata moden, imej yang baik.Kata-kata ini membawa maksud bahawa, amat jarang sekali sesuatu perkahwinan yang membanggakan dibina berdasarkan cinta. Perkahwinan yang menjadi kebanggaan biasanya dibina atas dasar hasab yang baik.Ini adalah satu kata-kata emas yang jika direnung, ia membawa maksud yang amat mendalam. Sebenarnya terdapat pelbagai elemen lain yang dapat mempengaruhi kebahagiaan dan kebanggaan sesuatu rumahtangga selain cinta dan seks.DISEBALIK PERKAHWINAN
Sepasang manusia yang diijab-kabulkan akan melalui pelbagai ujian daripada Allah swt. Masing-masing akan melihat kelemahan dan kelebihan diri yang lain. Justeru akan muncul pula perasaan benci, marah dan sebagainya. Tambahan pula, sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Keadaan akan menjadi buruk apabila kesilapan-kesilapan yang dilakukan menghakis sedikit demi sedikit perasaan cinta yang menjadi asas perkahwinan tersebut.Dititik inilah biasanya muncul masalah “suami curang” atau “isteri curang”. Masing-masing cuba mencari cinta baru dari luar rumah. Perilaku-perilaku ini seterusnya akan mewujudkan situasi yang amat buruk apabila perasaan cinta itu didorongi pula oleh nafsu seks.Apabila cinta itu terhakis, apa lagi yang tinggal dalam perkahwinan? Adakah ia mampu bertahan sehingga ke akhir hayat atau sebaliknya. Kita melihat banyak kes-kes penceraian di dada akhbar setiap hari. Kebanyakkannya berkahwin kerana cinta semasa mereka dan bukannya kerana menganggap bahawa perkahwinan adalah suruhan agama.APABILA CINTA TIDAK MENJADI ASAS
Berbeza keadaan dengan rumahtangga yang tidak dibina atas asas cinta. Percintaan hanya wujud selepas perkahwinan. Banyak rumahtangga yang berjaya dibina berpuluh-puluh tahun lamanya dan dapat bertahan sehingga dipisahkan oleh liang lahat. Semakin hari semakin mesra, semakin sayang, semakin bahagia.
Setiap hari kedua-dua pasangan sama-sama belajar mengenali satu sama lain. Berbeza dengan mereka yang mendirikan rumahtangga yang berasaskan cinta dan seks, mereka yang mendirikan rumahtangga atas sebab hasab akan menjumpai lebih banyak nikmat lain, mereka akan menjumpai kebahagian di dunia.Atas dasar itulah kita sering lihat masalah penceraian adalah perkara biasa pada zaman sekarang. Padahal ia adalah sesuatu yang jarang didengari dalam masyarakat Melayu lama. Masyarakat Melayu lama berkahwin bukan kerana soal seks atau cinta, tetapi pernikahan mereka adalah berdasarkan hasab.Siti Khadijah r.a. tidak pernah bercinta dengan Rasulullah s.a.w. . Beliau terpikat dengan Rasulullah s.a.w. disebabkan budi pekerti dan akhlak Rasulullah s.a.w. yang mulia. Perkahwinan beliau dengan Rasulullah s.a.w. kekal sehingga akhir hayat beliau. Faktor usia, harta dan keturunan bangsawan Rasulullah s.a.w. bukanlah faktor utama.Terdapat beberapa riwayat hadith yang menceritakan bagaimana sayangnya Rasulullah s.a.w kepada Khatijah r.a. melebihi isteri-isterinya yang lain. Di antaranya :Aisyah r.a. berkata, Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun dari isteri Nabi s.a.w seperti cemburuku kepada Khadijah karena Rasulullah banyak menyebutnya dan menyanjungnya dan setiap kali menyembelih kurban Nabi s.a.w. akan menyisihkannya sebahagian untuk dikirimkan kepada perempuan-perempuan sahabat Khadtijah. Kadang-kala aku berkata, “Seperti bumi ini tidak ada perempuan lain selain Khadtijah” Nabi s.a.w bersabda, “Demikian banyak kelebihan Khadtijah, dan darinya aku memperoleh anak. {Riwayat Bukhari}Sejarah tidak melakarkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah melalui zaman percintaan bersama dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berumahtanggga. Malah Muhammad Hussein Haekal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bimbang akan kedudukkan kewangannya apabila dicadangkan oleh Nurfaisah untuk berkahwin dengan Khadtijah r.a. {Sejarah Hidup Muhammad (terjemahan Ali Audah), Litera AntarNusa, Mac 2006, m/s 67}Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak ada apa-apa hubungan dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berkahwin. Perkahwinan beliau r.a. dengan Khadtijah r.a. merupakan satu perkahwinan yang terhormat dan berasaskan hasab.Ini adalah selaras dengan wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita agar memilih calon-calon pasangan hidup yang beragama dan bukannya berasaskan percintaan. Hanya mereka yang menjiwai agama adalah mereka yang mempunyai budi pekerti dan akhlak yang baik.Kesimpulan
Amat bijak sekali sekiranya kita mengambil keputusan untuk tidak menunggu lagi kemunculan “cinta sejati” Sebaliknya kita mula mencari mereka yang mempunyai agama yang baik, kahwinilah dan belajar mencintai mereka selepas berkahwin, kerana kebahagiannya telah pun dijamin oleh Rasulullah s.a.w., malah Allah telah menjanjikan rahmatNya.
*************************************************************************************

Terkena batang hidung aku... Acap kali aku fikir mengenai perkara ni. Boleh ke aku hidup bersama org yg aku tak cinta? tengok umi dengan abah bahagia je sampai sekarang.

Saturday, August 15, 2009

Kita terjah!!!!

apa2hal aku nak gelak dulu, hehehehe...tajuk cam gempak je kan..tp x r gempakpun..baru2 ni aku ngan sorang member aku Ude p jenjalan ke Melaka bandaraya warisan dunia. Plan asal adalah ke Pulau langkawi..tu pun dah lama dah plan masa bulan april..cadang nak p may tp atas sbb tertentu plan ke Langkawi cancel..huhuhu cedeyyyy..ala bkn apapun sbb ongkosnya ngak cukup...tu pasal cancel tu..dan bulan may pun berlalu begitu saje tanpe apa2 agenda...pastu plan nak p The Lost of Tambun kat Perak nuu..mmg da excited giler r.. da plan nak gerak 1 keta dalam 4 org, makanye tong2 sorang lebih kurang RM150 utk perbelanjaan minyak kete, tol, mencekik,tiket dan lain2.. Ntah mcm ntah adalah sorang "makcik" yakni kwn aku bagitau yg tambun tu x besttt..katanya lebih baik g sunway lagoon atau desa water park.. Huh! cancel lg!!! dan kputusan telah d muktamadkan utk p mlaka.... lastly planning p 4 org jd 2 org je.. Aku dan Ude je..
Maka pada hari jumaat yg indah lg syahdu bertolak r kitorg ke mlaka dgn menaiki kete kenisa akk aku..(kete kecik bleh jimat minyak..lgpun dia da isi full tank :) Dan buat ptama kalinya aku drive sjauh itu..sbnrnya tak jauhpun..lebih kurang jarak nak balik ke kampung aku je... odw ke mlaka singgah pam tayar kat shell sg Besi...malu nak crita tp nak crita gak..kami berdua tak tau nak mcm mana pam tayar..hahaha!!!kami cuma tau drive je..wlau ude ada kete gak..tp bab2 cam tu dia serah kat adik dia..ada ka patut..len r cam aku yg xde kete nih.. mujur r ada abg shell yg baik hati sudi nak mmbantu..hehehe... trima kasih la ek.. sesambil dia tolong pam tayar smpt gak r dia memberi sepatah dua kata nasihat kat aku... antaranya klu kena langgar dr blakang jgn trus turun..amik no keta org tu dulu..klu nak setel p balai..
Meneruskn perjalanan dgn pemanduan yg berhemah..x laju pun pecut 90 -100km/j je.. tu pun da rasa gego knisa nih..tiba kat Alor Gajah kami di sambut dgn jerebu yg tebal ya amat...
malas da nak cite... layan je la sbahagian gambar kat bawah ni... :)


Wajah ceria lg sbb br je sampai kat taman Mini Malysia Ayer Keroh..


bila 2 org dak pompuan da start perasannnn :)
dalam menaraTaming sari..Seronok sebenornya
klu jenjalan time org len keje nih..


time nih ada r sorg mat saleh baik ati nak tolong amik gambar kitorg..


Nak belakon r kon0nnye...tp x menajadipunnnn.....


wajah kepenatannnn.... huhu ksian.... first time naik beca nih..ksian pun ada kat pkcik
tu..ye r kan berat kitorang je da 100kg.. blum
lg campur berat beca..ishhhh


Comel kambing tu kannn :)

apa motif sebenar gambar ni eh???aku bkn nak crita mgenai kreta honda putih tu mahupun mat saleh dan bininya tu..menurut pakcik beca, kawasan simpang tu adalah tempat Hang jebat mati di tikam..btul atau tak..wallahua'lam...

Friday, August 14, 2009

Hilangnya suara merdu....

Semalam bila dapat berita perginya penyanyi nasyid rabbani Ustaz Asri Ibrahim,
aku rasa macam tak percaya..betul ke.. ee x kan la...
tp bila fikir2 balik..mati tu tak kira masa..dan Allah telah mempermudahkan pemergiannya..
Semoga almarhum di tempatkan di kalangan orang yg beriman.. Amin ya Rabbal'Alamin..

Pergi Tak Kembali
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Wednesday, August 5, 2009

My Soul Mate


Terlalu sukar untukku ungkap rahsia di hati ini..

Tuesday, August 4, 2009

Izinkan aku pergi.....

Izinkan aku pergi..
bagai bayu menyapa pagi
kerana aku tidak sanggup lagi
melihat kekecewaan yang kau alami..
Maafkan diri ini..
kerana berpura-pura tidak memahami
perasaanmu yang suci..
Kalau kau kecewa
aku juga turut kecewa
kerana mengecewakanmu..
Apa yang tersirat di hati biarlah ku pendam sendiri
biarlah kau tidak mengerti
agar kau tidak kecewa lagi..
Ah! Aku bukanlah ‘minah jiwang’ seperti yang kau sangka
aku tidak pandai berpuisi mahupun bergurindam jiwa
diriku seperti nama timangan ku di sana
sekeras kerikil..
mungkin lebih keras dari itu..
Tidak perlu ku kisahkan lagi tentang diri ini
kerana aku perlu menutup lembaran sepi
pergiku bukan kerana benci
mahupun sakit hati
Pergiku demi kedamaian hati
agar tidak mengecewakan lagi
hati seorang yang bernama lelaki
biarlah aku kecewa sendiri
dalam mencari erti hidup yang hakiki
Dan buatmu teman yang dikasihi
ku titipkan doa pada Ilahi
agar dirimu tabah dalam meniti realiti
yang pasti ..
onak dan ranjau perlu di tempuhi
Usah di kesali kemiskinan diri
di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan yang menanti..
dirimu tetap ku ingati sepanjang hayat ini….
Ku mohonkan kemaafan
salah dan silap harap di ampunkan
sesungguhnya aku hanya insan biasa yang tidak lepas dari hasutan syaitan
hanya keimanan yang mjadi kekuatan…

Monday, August 3, 2009

Jalan2 makan angin

Dah lama rasanya aku duduk terperap di rumah..
xde aktiviti yang menarik yg nak di lakukan..asal habis keje je balik rumah terus membutakan diri..bosan giler.. dan baru2 ni dapat gak g jalan2 makan angin..mujur x kembung perut.heh..
ke mana destinasi aku klu tak ke cameron highland.. tak silap last trip aku ke tanah tinggi bulan ogos 2008, masih lg trasa 'kenyamanan' dan kesejukan..tp kali ni cuaca sama je mcm kat kL ni..
panas menyengat kulit..cuma masih ada angin sepoi2 bahasa...dah xde lg kabus..klu dulu bcakap je dah kluar 'asap'..ah!! cameron dah tak se'best' dulu..makanya selepas ni kena cari destinasi baru utk melepaskan lelah...


ni masa nak naik ke cameron melalui simpang pulai, tengok la sinaran matahari tu... memancar terik. Jam lebih kurang pukul 9 tp panasnya mcm dah pukul 11.



Sg Palas tea Plantation. Bangla tu dengan selambanya menjunjung mesin potong daun teh.. kuat gile..hari2 minum teh, mesti kuat mcm dia..hehehe


kedai bunga aka kebun bunga... kat bawah pasu2 bunga yg bergantungan ni la aku lepak selama 3 jam tanpa sedar sambil menikmati tart strawberry.. hehe..bukan senang nak tengok aku lepak lama2 kat satu2 tempat.. ralit melihat keindahan bunga2 yg ada di kedai ni....


Custard strawberry tart n Cheese tart..mmm yummmyyyy :)




Sunday, August 2, 2009

Demam

Tahun ni saje dah dua kali aku demam..
mmg dpt di jangka klu tahun ganjil je ksihatan aku
tak berapa memuaskan..bukan lah nak meramal
tp itu yg aku rasakan sejak beberapa tahun kebelakangan ni..
apapun aku tetap bersyukur kerana Allah telah mendatangkan sakit untuk aku..
bukankah sakit tu satu kifarah atas dosa2 kecil yg telah kita lakukan..
manusia ni selalu lalai dan alpa...termasuk lah aku...